Kembali buat tshirt. Semalam dapat rubber dye dari geng2 printer area hometown, terus balik cari blank black blue shirt terus lukis.Tadaaaa~ hasil seperti di atas.*lagu wake up dari Arcade of Fire sedang dimainkan di playlist* Agak lama gak cari rubber dye, sebab kalau guna fabric dye color putih atas tshirt hitam mesti tak lekat.Jadi sekarang kalau ada tempahan design d.i.y tshirt lukisan tangan ni (tak guna blok), tinggalkan nota cinta di ruangan komen atau kotak bual di sebelah.Sindromsk8 t-shirt juga akan release dalam masa terdekat.Tora dijual berasingan.
Dapat gak ! TUF SKYTOP terus ! Kalis air boleh skate kat lecak haha. Aku memang minat Chad Muska since start skating masa 1998 dulu. Masa Muska under e'S footwear, tak dapat beli pro model, masa dia blah masuk Circa pun tak dapat gak beli, ha sekarang dia join Supra, baru dapat pakai pro model Muska. Terima kasih 'lil girl =) kamu memang terbaik. Pasni jangan terkejut kalau gua start skating handrail like good 'ol days hahaha berangan~
Test footage yang dah leaked.Cool kan? ini lagi cool dari tengok robot-robot berperang berebut megan fox. Hahahahaha. Bulan 10 nanti kalau wayang2 kat Malaysia tak pasang movie "where the wild things are" ni memang jahanam lah. Watch the trailer, lagu WAKE UP dari Arcade Of Fire memang menusuk kalbu. Terfikir kalau adakan wedding pakai kostum camni mesti lagi meriah kan? Tema star wars was so 2001. hahaha
Sedikit update yang aku nak share dengan kamu semua, manusia. Aku tak berapa pasti berapa ramai antara kamu yang berumur 25 tahun yang layan lagu-lagu classic tahun 50an-60an.Tapi aku sangat pasti, aku memang into lagu2 jenis ni dan aku memang ada kaset-kaset old school ni (antara tempat aku pi beli kat Pertama Complex).Berapa ramai antara kamu yang pernah tahu tajuk-tajuk camni; put your head on my shoulder, oh carol, oh donna dan Run around Sue. Mungkin ada yang tahu sapa tu Neil Sedaka atau Paul Anka kan? Minggu lepas minggu aku search mp3 lagu2 classic ni jadi aku nak highlight kat sini dua legend yang cool dengan koleksi lagu-lagu rabak cool lagi membangkitkan syahwat; Dion & the Belmonts (Run around Sue). Lagu Run around Sue ni Jamie Thomas (Zero, Fallen, Mystery) owner/skater pernah guna as backgound music untuk part Dan Murphy, antara fav sk8er aku dalam video Mystery "Black and White". Paul Anka; sorang lagi legend yang hit dengan - Put your head on my shoulder. Memang celaka best kalau kau tune cd player kau kuat2 pasang dua helai lagu ni. Klik butang 'main' kat youtube bawah ni.Buka tingkap luas2, blast your fucken stereo bagi pakcik makcik dengar sure dorang senyum meleret abis, membangkitkan zaman muda remaja dorang masa bercinta.Epik dan klasik I tell you. Teman wanita aku pun layan masa aku pasang.Lagi best kau mix kan cd kau burn guna Nero tu dengan dua tiga punk covers lagu2 classic ni. Selitkan gak 2 3 lagu P. Ramlee. Lakukan lah pencarian sendiri, aku malas nak bagi link. Memang layan I tell you and your father.
Sabtu lepas masa comp Wild Channel Skate Battle kat Mines Shopping Centre, aku dapat t-shirt free dari Pa'din, lagenda skate Malaysia merangkap idola aku. T-shirt Dagger St. Malaysia Division versi Taming Sari.Hahaha memang cool abis.Tq Pa'din
Familiar dengan encik di dalam gambar ni? Untuk rekod, aku dah 2 kali terserempak dengan dia. Yang terbaru dan berjaya dirakam foto di atas ; masa aku kursus kat Melaka. Kali ni dia lebih serius. Mungkin dia Bruce Wayne. 1st time jumpa dia ni masa aku skate dengan geng2 kat Stadium Badminton Cheras.Conversation yang tak boleh nak lupa, seriously!. "Abang dulu pernah gak main benda ni (merujuk kat skateboard). Masa zaman dulu benda ni panjang skit. Abang pernah lompat lah dari atap ke atap" dia kata. Dia cool kan?
Sabtu lepas bersama 'lil girl jalan-jalan KL. Kesimpulannya : Time Square memang penuh dengan kanak-kanak belum/baru nak akil baligh yang baru nak kenal dunia, Jalan TAR pula penuh dengan obsesi perempuan tentang Hari Raya, dan kain ela. Sabtu yang sangat fun.
a day in life with aidil banting. music : "Loser Lullaby" - Lucy in the Loo filmed & edited by : spacewrestler (aku le tu)
dua pilihan video, kualiti mungkin berbeza. Kalau klik youtube, agak kabur sedikit.Percubaan pertama buat skatevideo ada storyline.Tinggalkan komen untuk penambahbaikan.