Wednesday, February 25, 2009

Frank Castle




Malam semalam aku layan movie The Punisher : War Zone.Frank Castle memang hero aku dari zaman dulu.Hero yang tak perlukan superpower, cukup sekadar senjata-senjata moden untuk tumpaskan orang jahat.Ditambah dengan sifat hati kering, dendam yang gila, dah pakaian yang cool.Memang rad abis.The Punisher : War Zone ni memang menepati sifat-sifat asal Frank Castle versi komik, kejam dan macho.Ray Stevenson memang The Punisher.Berbeza dengan Thomas Jane dalam The Punisher (2004), yang lebih emosi dan kurang kejam berbanding versi 2009 ni.Watak Jigsaw ala2 The Joker dengan gaya percakapan,dan gaya jalan.Peminat komik memerlukan lebih banyak watak jahat macam ni baru watak hero nampak tercabar, haha.Movie ni dari start sampai habis penuh dengan action, sampai teman wanita aku yang mulanya tak minat nak tengok terus layan sampai abis.Mungkin pada filem-filem akan datang yang libatkan Frank Castle,diselitkan watak-watak macam spiderman sebagai cameo lagi menarik.Lagi cun kalau Frank Castle lawan Wolverine.Dua-dua hati kering.See you in Hell.