Wednesday, February 25, 2009

Frank Castle




Malam semalam aku layan movie The Punisher : War Zone.Frank Castle memang hero aku dari zaman dulu.Hero yang tak perlukan superpower, cukup sekadar senjata-senjata moden untuk tumpaskan orang jahat.Ditambah dengan sifat hati kering, dendam yang gila, dah pakaian yang cool.Memang rad abis.The Punisher : War Zone ni memang menepati sifat-sifat asal Frank Castle versi komik, kejam dan macho.Ray Stevenson memang The Punisher.Berbeza dengan Thomas Jane dalam The Punisher (2004), yang lebih emosi dan kurang kejam berbanding versi 2009 ni.Watak Jigsaw ala2 The Joker dengan gaya percakapan,dan gaya jalan.Peminat komik memerlukan lebih banyak watak jahat macam ni baru watak hero nampak tercabar, haha.Movie ni dari start sampai habis penuh dengan action, sampai teman wanita aku yang mulanya tak minat nak tengok terus layan sampai abis.Mungkin pada filem-filem akan datang yang libatkan Frank Castle,diselitkan watak-watak macam spiderman sebagai cameo lagi menarik.Lagi cun kalau Frank Castle lawan Wolverine.Dua-dua hati kering.See you in Hell.

2 comments:

tumpanglalu said...

aku asalnya nak tgk tp terbaca komen kt cinemaonline.com.my yg kata filem ni xda pengisian olahan crita cuma sekadar filem padat aksi padahal karakter si punisher adalah sgt mendalam yg xbijak diolah. tp xpa sok lusa myb aku akan pi tgk..

space wrestler said...

aku pun mulanya cam was-was tgk sebab nampak sangat serius tapi memang ni la betul2 the punisher.Dark.Tak banyak dialog frank castle, byk aksi sebab dendam dia sgt deep.Nnati komen balik abis tgk ye.